Edisi Motorsports (ADC)


Visi Kelab / Club Vision

  • Menjadi kelab yang menggabungkan semua peminat kereta stationwagon di Malaysia tidak kira kaum dan usia
  • Ingin menaikkan taraf kenderaan Wagon yang selama ini cuma dianggap sebagai kenderaan pengangkutan barang
  • Menonjolkan semangat kekeluargaan dan semangat bergotong royong diantara semua ahli kelab

 

Sejarah Kelab / Club History

ADC telah ditubuhkan pada hari Merdeka 31hb Ogos lebih 4 tahun yang lalu dengan hanya 6 orang ahli bersama 6 buah Nissan AD Resort tetapi kini mempunyai hampir 40 ahli yang begitu aktif dan rapat diantara satu sama lain di seluruh Malaysia. EDISI merupakan salah satu kelab modifikasi kenderaan yang menggunakan kenderaan stationwagon dan cara modifikasi yang telah dilakukan adalah agak 'simple' tetapi bergaya.

Kelab ini telah mengadakan beberapa aktiviti luaran yang lebih kepada unsur-unsur kekeluargaan diantara sesebuah keluarga dan juga diantara keluarga EDISI. Aktiviti seperti konvoi ke majlis orang ramai, pameran kereta Autoshow, sesi fotografi, berkelah dan beriadah adalah aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan. Di samping itu, kelab ini juga akan mengadakan beberapa aktiviti amal seperti melawat rumah anak yatim, menderma pakaian lama atau menderma makanan kepada mereka yang kurang upaya.

Semoga dengan adanya laman web ini dapat membantu semua pemilik Nissan AD Resort atau yang baru hendak memilikinya mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kereta stationwagon AD Resort ini dan sebarang modifikasi yang boleh dibuat ke atas kenderaan tersebut.

ADC has been established more than 4 years ago on an auspicious date of 31st August commemorating our country Malaysia's indepence. With 6 founding members and their respective cars now the club has grown to more than 40 members throught the nation. EDISI is a club for wagonists enthusiasts to get together or simply mingle and exchange ideas on this particular make of stationwagon, Nissan AD Resort.

There has been numerous outdoor activities held over the years which centralises on family binding events between EDISI members. Convoys to public events, car shows, photography sessions and recreation are just some of the common yet interesting activities. Besides that, the club is also into charity activities i.e. visit to the orphanage, donating old cloths and food to the less fortunate,etc.

With the existence of this website, the Club hope it would benefit its members and also to new wagon enthusiasts in modifying their rides and have FUN doing it. :D