Luaran
/ External
Kebanyakan ahli kelab Edisi lebih menumpukan perhatian terhadap luaran
berbanding dengan dalaman mahupun dari segi enjin. Oleh kerana model
ini merupakan model Wagon jadi segala modifikasi hendaklah juga diambil
dari model Wagon contohnya model WingRoad (Y11) dari Jepun. Selain daripada
model wagon, ada juga modifikasi yang diambil dari model Nissan B13 dan
B14. Disini ahli menitikberatkan modifikasi asal (original) spesifikasi
dan bukannya "custom". Segala modifikasi memerlukan ketelitian
dan kesabaran bagi menghasilkan mutu yang baik biarpun dari segi kecantikan
mahupun keselamatan. Oleh kerana kelab Edisi ini lebih cenderung kepada
kekeluargaan seperti yang telah diperkatakan di bahagian pengenalan,
maka ciri-ciri keselamatan pemandu dan juga penumpang harus diambil berat.
|
Most
of the Edisi club members emphasizes on external modifications
compared tomodifications for the internal and in engine
bay.The fact that this is a stationwagon model therefore
all modifications has been derived from other similar stationwagon
models i.e. Nissan Wingroad (Y11) of Japan. Besides stationwagons,
there are also modifications taken from Nissan Sentra B13
sedan car and B14. The club members opt for original specs
and not customized modifications as they prefer to have
their cars to look original. All modification works requires
meticulacy and sheer patience in order to produce good
quality apart from beauty and safety. As it is Edisi club’s
main objective is to have closer family ties therefore
it is essential in ensuring the safety of the driver and
his passengers while on the road.
|
Terlebih dahulu,
kita akan memperkatakan tentang modifikasi luaran. Bahan utama
yang sering diubah oleh ahli-ahli kelab Edisi adalah bumper hadapan
di mana bumper model jenis Nissan B13 telah mendapat perhatian
yang begitu serius. Bumper Nissan model B13 akan kelihatan seperti
di bawah ini setelah di tukar. Keterampilan 'sport lights' lebih
menampakkan Nissan AD Resort ini lebih garang dan berbeza dari
model asal.
To start, lets highlight on the external
modifications. The front bumper of the wagon has been the most
essential basic modification on the car by the Edisi members. The
said bumper originates from another Nissan model, Sentra B13 has
always been the preferred choice in decorating the car front face. |
|
|
Ditambah
pula dengan 'lip' depan yang boleh diambil dari berbagai-bagai
jenis kenderaan. Contohnya, ahli kelab di bawah ini menggunakan
'lip' model Nissan Bluebird model U12. Ada juga ahli yang menggunakan
'lip' VR4, SM4 dan sudah semestinya 'lip' asal 'bumper' Sentra
B13.
With spot lights and fog lights pre-fitted
into the bumper, it converts the innocent wagon into a wild yet
furious look. With an additional lip derived from any other car
makes it makes the wagon more stunning and lowered. Examples of
lips are from Nissan Bluebird U12, VR4, SM4 and B13, for sure. |
Selain daripada bumper hadapan kereta model AD Resort, terdapat juga ahli-ahli
lain yang lebih kreatif dengan menukarkan 'grill' hadapan daripada
jenis AD Resort dari Jepun atau lebih dikenali dengan model Y10. Selain
daripada itu terdapat juga 'grill' dari jenis Nissan Pulsar. Bagi menampakkan
lagi kelainan pada kenderaan AD Resort yang asal, ada ahli-ahli kelab
Edisi ini yang telah menukarkan bonet hadapan dengan bonet Nissan Pulsar
seperti di bawah ini:
Besides the bumper, some members got into
their creative mind by changing the front grill with the same model
from Japan called Y10 or the one from Nissan Pulsar. For those who
opt for total difference, the Pulsar bonnet is plugged onto the wagon. |
|
|
Bagi
menampilkan perbezaan bagi kenderaan asal AD Resort ini dengan
model yang telah dimodifikasi adalah di bahagian belakang. Ramai
yang telah keliru dengan penukaran bonet belakang kenderaan ini
yang diambil dari model California. Model ini hanya terdapat di
Jepun dan dibawa masuk dari kedai-kedai potong yang terdapat di
merata tempat di Lembah Klang. Dengan adanya bonet belakang yang
berbeza ini telah menampakkan lagi model AD Resort ini bukan sahaja
kenderaan Wagon tapi ianya masih boleh bersaing dengan kereta saloon
yang lain. Dengan terdapatnya tulisan CALIFORNIA di bahagian atas
'plate number' telah menambah 2 lagi lampu yang asalnya digunakan
bagi lampu 'reverse'. Lampu yang terdapat di atas 'plate number'
telah diubahsuai agar ianya menyala sekiranya lampu kecil dipasang
terutamanya di waktu malam atau gelap. Terdapat juga ahli yang
telah menukar 'wiring' kepada bentuk asal di mana lampu--lampu
tersebut di jadikan sebagai lampu 'reverse'.
Another
modification that completely changes the outlook would be the tailgate.
The rear bonnet is originally from the California model which is only
available in Japan and brought here to the Malaysian half-cut shops.
The rear bonnet has taken the wagon into a higher state of prestige
competitive with the other available saloon cars. With its ‘California’ wordings
on the plate number holder, the bonnet also comes with a pair of stock
reverse lights. Some members did modify the lights to be additional
brake lights or merely have it light up for better visibility for other
vehicles behind the wagon. |
Dengan
penambahan spoiler kepada bonet CALIFORNIA ini lagi menampakkan kemantapan
wagon ini. Sebarang spoiler boleh digunakan mengikut citarasa
individu. Selain daripada spoiler asal model CALIFORNIA, terdapat juga
spoiler Mazda B8,Pulsar, Charade, Mitsubishi dan Honda digunakan oleh
ahli-ahli kelab untuk kereta mereka. Namun sedikit modifikasi dan mungkin
juga 'fiber glass' di perlukan bagi menjadaikan spoiler-spoiler tersebut
boleh dipasang di bonet CALIFORNIA. Bumper belakang bagi model asal AD
Resort ini masih digunakan dan jarang sekali ahli membuat sebarang modifikasi.
Namun, penambahan 'lip' di bahagian belakang lebih menampakkan bumper
belakang menjadi lebih labuh dan lebar. Terdapat dua jenis modifikasi
yang boleh dibuat:
1. dengan mengambil 'lip' asal bumper belakang model B13.
2. dengan memotong separuh bumper asal model B13 dan dicantumkan dengan
bumper belakang yang asal AD Resort.
By adding a spoiler on the California rear bonnet it makes the wagon
look more smart. Any other spoilers can also be fitted depending on the
owner’s
preference where spoilers from Mazda B8, Nissan Pulsar, Daihatsu Charade,
Mitubishi and Honda are chosen. The rear bumper, however, are usually
left at stock condition but nevertheless an additional rear lip on the
bumper would make the wagon more lower and wider. There are usually 2
options on modifications:
1. by inserting the original rear lip from Nissan Sentra B13
2. by slicing the stock Nissan B13 bumper to join with the stock AD Resort
bumper.
Kelihatan juga penukaran di bahagian Exhaust kenderaan ini bagi mendapatkan
bunyi yang mantap dan menampakkan ciri-ciri 'sporty'. Selain daripada
membeli exhaust dari kedai-kedai exhaust, terdapat juga ahli-ahli yang
menggunakan exhaust dari kedai potong yang berjenama seperti Nismo, Super
Megaphone, Sebring dan lain-lain lagi.
The exhaust of this wagon is also changed to
complement the sportiness of the other external modifications. Besides
exhaust shops, some members did obtain it from half-cut shops with branded
exhaust namely Nismo, Super Megaphone, Sebring, etc.
Dalaman
/ Interior
Modifikasi
dalaman tidak begitu ketara selain dari menukar tempat duduk hadapan dan
juga steering. Kebanyakan modifikasi dalam boleh dibuat mengikut selera
individu. Sebarang roda steering buatan Nissan boleh digunakan seperti
dari jenis Silvia, Bluebird SSS, Nissan GTi dan lain-lain lagi.
Internal and cockpit modification is not so
compulsory besides changing the seats and steering wheel. Most internal
modifications are owner preferences and tastes. For sure, any steering
wheel from Nissan cars can be fitted namely from Silvia, Bluebird SSS,
GTiR and others without major modifications.
Modifikasi dalaman yang sering dilakukan adalah seperti menukar dashboard
meter kepada meter Nissan SR20 atau jenis Nissan Sentra B13. Terdapat
juga ahli-ahli yang telah mewarnakan 'dashboard' mereka mengikut citarasa
atau mengikut warna kenderaan. Bagi model AD Resort tahun 1994 ke 1996,
dinding dalam pintu adalah jenis biasa yang tidak mempunyai sebarang lapisan
PVC. Maka, terdapat ahli-ahli yang menukarkannya kepada model 1997 mengikut
warna yang digemari.
As for cockpit modifications, usually the meter
panel is changed to Nissan SR20 or Nissan Sentra B13. There are some members
who colorise their dashboards based on their taste of simply matching
the colour of their wagons. The 1994 – 1996 models of Nissan AD
Resort has the door panels that are made of compressed paper covered with
PVC. Due to it’s dullness and poor durability, some members upgrade
it to the 1997 model which is more sturdy.
Kebanyakan penggemar AD Resort meletakkan kotak 'speaker' bagi menguatkan
lagi bunyi 'woofer' dan menghasilkan bunyi yang mantap. Modifikasi sistem
bunyi adalah merupakan yang biasa bagi kesemua penggemar-penggemar kereta.
Jadi, di halaman ini kami tidak begitu menunjukkan bahagian bunyi. Namun
terdapat juga ahli-ahli yang telah membelanjakan wang sehingga RM7000
bagi menghasilkan bunyi yang mantap dan jelas.
Most wagon enthusiasts would install a sbwoofer
box in the rear for better sound appreciation. The in-car entertainment
system (ICE) are usually moderately modified but some would invest up
to RM7000 to beef-up their sound system just to have that edge in sound
and clarity.
Enjin
/ Engine
Bahagian enjin selalunya tidak diusik melainkan dengan menukarkan enjin
jenis Nissan SR20DET. Enjin ini sudah cukup bagi menggerakkan Nissan AD
Resort dengan kelajuan yang amat amat menakjubkan. Terdapat 2 jenis enjin
yang boleh digunakan iaitu jenis SR20DET dari model Nissan Bluebird U12
dan juga SR20DET dari jenis Pulsar. Di bawah ini dipaparkan jenis SR20DET
model Nissan Bluebird U12 di mana intercooler TURBOnya berada di atas
enjin. Untuk menyenangkan pemasangan enjin ada yang menukar enjin kepada
SR16 'BLUE HEAD' atau 'RED HEAD' tanpa membuat sebarang pengubahsuaian
terhadap 'mounting' dan kotak gear.
The engine bay is not touched besides converting
the stock GA16 engine with a 2-liter SR20DET engine. The stock engine
is sufficiently powerful to fly the wagon with unimaginable speeds. There
are 2 types of engines that suits the wagon – The SR20DET from Nissan
Bluebird U12 and the SR20DET from Nissan Pulsar. Engine
conversions like this would not have extra space in the engine bay with
the additions of an intercooler, turbine and air filter, etc.
Maka, keseluruhan modifikasi Nissan AD Resort telah dipaparkan dan sekarang
terpulang kepada individu bagi melakukan modifikasi kereta mereka. Di
harap dengan adanya halaman ini dapat membantu penggemar-penggemar kereta
terutama AD Resort menjadijan ini sebagai tunjuk ajar. Selain daripada
itu, ini merupakan pengenalan kepada pengguna-pengguna AD Resort yang
baru.
Hence, all the possible modifications on Nissan AD Resort has been displayed
here and it all boils down to the individual’s preference and ,
of course, affordability on any types of modifications. With hope, that
this page would benefit all Nissan wagon enthusiasts and also to those
who just got ‘enlightenment’ on the beauty of this wagon.
|